Catatan Di Senja Jumaat

0050

Tiba di KK2 setelah selesai sesi diskusi intelektual bersama sahabat-sahabat (sdr taqi,abg wan dan sdr fakhrol).Kami membincangkan beberapa program yang ingin dirancang berdasarkan hasrat hati untuk melihat keharmoniaan kaum di UMP terus dicapai.Sebulat suara kami di “meja makan”,bersetuju bahawa mahasiswa seharusnya mempunyai ideology tersendiri yang berasaskan pemikiran akademik dan intelektual ,bukan politik.Sekiranya perkara yang betul dari segi pemikiran kita sebagai mahasiswa yang intelek,teruskan perjuangan.

0930

Meneruskan rutin-rutin harian  sebelum melangkah ke minggu cuti.Kepada semua rakan-rakan taulan yang menyambut Chinese New Year…..”Have a great time with your family and Happy New Year” =).

1018

Menerima satu pesanan ringkas daripada Syarifah Nadilla yang kini sedang bertanding untuk Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan ASEAN dari 10 – 14 Februari 2010.Alhamdulillah,menang her first game..All the best and gud luck! :)

1500

Selesai tugas di HEP dan juga fakulti.Assigment individu HCI dan juga group assignment dihantar kepada Mdm Roslina manakala SDD Document dihantar kepada En.Hafiz.Perjumpaan singkat dengan En. Saharuddin di pejabatnya berkenaan dengan Kelab 1Malaysia diikuti dengan penghantaran draf laporan AGM Kelab 1Malaysia.

RETURN

I’ll be start blogging again .

Menongkah Arus Sungai Persahabatan- AFS

Dr.Asri dan Tun.Dr Mahathir (Kedua-duanya adalah tokoh dan juga idola penulis).

1.        Alhamdulillah berlalu sudah 3 kertas peperiksaan akhir untuk semester ini iaitu Hubungan Etnik,Discrete Structure& Its Application  dan juga Database System.Kini,penulis menunggu untuk 2 lagi kertas yang terakhir iaitu Object Oriented Programming dan juga Introduction To Software Engineering.

2.      Dalam beberapa hari yang berlalu,pemikiran penulis begitu pening dan berat untuk memikirkan apa yang berlaku pada masa sekarang.Keringat otak ditambah lagi di samping peperiksaan akhir dengan kisah penangkapan bekas mufti Perlis dan juga seorang ulamak yang terkenal dengan kelantangannya iaitu Al-Fadhil Ustaz Dr.Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) atas alasan tidak mempunyai ‘tauliah’ daripada JAIS.

3.      Penulis mengakui penulis sendiri masih tidak layak untuk mengulas dengan lebih lanjut ‘kisah sebenar’ antara tokoh-tokoh ulamak dan jabatan-jabatan agama yang nampak saling bertelagah dan berbeza pendapat mengenai hal ini. Terlalu banyak pendapat-pendapat yang penulis baca di beberapa akhbar dan laman-laman web.Kebanyakan yang memberi pendapat adalah antara mereka-mereka yang berpengaruh termasuklah Ahli-ahli Parlimen Malaysia, Tun Dr Mahathir,Mursyidul Am PAS,parti-parti politik (UMNO,PAS,PKR),Mufti Perak,Mufti Pahang dan banyak lagi.

4.      Tidak kurang pula ada yang mengkritik dengan keterlaluan tentang Dr.Asri dan juga menyokong tindakan JAIS tersebut tanpa membuka minda pemikiran mereka seluas-luasnya.Kalau benar pun mereka merasakan Dr.Asri ini membawa ajaran sesat dan wahabi,buktikan.

5.      Penulis merasakan tuduhan ini amat serius.Apa yang dilakukan Dr.Asri secara jelas adalah ingin membuka minda masyarakat umat Islam pada zaman kini agar tidak terlalu sempit dengan kefahaman Islam dan berdakwah mengikut keadaan zaman dan persekitaran.Penulis menyarankan agar semua pengunjung dapat melayari laman web beliau iaitu http://www.drmaza.com. Penulis secara jujur telah mendapat begitu banyak pengetahuan melalui laman maya ilmiah Dr.Asri.Penulisan-penulisan beliau yang begitu kritis dan padat memang boleh meresap ke dalam jiwa anak-anak muda. Bacalah semua perkongsian ilmu daripada laman web beliau kemudian buktikan di mana silapnya kaedah yang diguna pakai oleh Dr.Asri.Adakah tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah???!!Pastinya tidak!Islam tidak akan berkembang sekiranya disekat penyebarannya,tetapi penulis juga yakin JAIS hanya melakukan tugas mengikut undang-undang yang sedia ada.

6.   Tetapi,berhati-hatilah apabila membuat keputusan.Adakah dengan menangkap bekas mufti Perlis yang juga seorang pemegang PhD dalam bidang Al-Quran dan Sunnah,pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM),graduan Al-Azhar ini boleh membantu masalah umat Islam pada masa kini yang dahagakan ilmu?Kawal lah penyebaran Ayah Pin dan juga Rasul Melayu terlebih dahulu sebelum menangkap ilmuwan Islam seperti Dr.Asri.

7.    Cukup setakat itu perkongsian penulis berkenaan Dr.Asri. Dalam kehidupan ini,apabila bersahabat,kadang-kadang kita dipaksa untuk menongkah arus sungai persahabatan.dan sudah pasti apabila kita menongkah arus ( melawan atau tidak bersetuju dengan sahabat),hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah agar persahabatan itu kekal tersemat di jiwa.Tetapi ada masa juga,kita terpaksa merelakan diri ini hanyut mengalir dengan arus sungai persahabatan (permintaan dan minat sahabat ) tetapi berhati-hati agar kita tidak terus dibawa mengalir ke hujung . Inilah kaedah persahabatan yang penulis pilih.

8.    Mungkin ada pro dan kontra nya.Sebab manusia ini pelbagai karenah dan sikap.Seribu kita berkawan,maka seribulah personaliti dan hati  yang kita terpaksa jaga. Mustahil kita dapat memuaskan hati semua dan semuanya bergantung pada niat. Maaf sebab hati ini semakin berat untuk menulis tetapi,jika bukan sekarang bila lagi perkara ini akan dapat dikongsi. Salam . =)

 

p/s : Semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabatku.

Usah ceburi diri dalam politik – Zulkifli

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah.

Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau yakin bahawa Dr. Mohd. Asri tidak akan menghadapi halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya yang diterima ramai sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya berpendapat bahawa Dr. Asri ini sudah sampai ke peringkat melangkaui politik partisan. Kedudukan dia diterima oleh masyarakat dari semua peringkat.

Saya kira lebih sesuai Dr. Asri main peranan sebagai ulamak non-partisan.

“Dakwah dia itu akan lebih efektif kalau dia kekal dalam kedudukan sekarang (tidak berparti). Sebab dalam politik ini banyak kompromi, banyak konsesi dan dia lebih sesuai dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini.

Hari ini, Dr. Mohd. Asri dilaporkan berkata, beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan. – BERNAMA

 

Sumber Utusan Online.

KENYATAAN ABIM MESIR TENTANG ISU BERKAITAN DR MOHD ASRI

KENYATAAN ABIM MESIR TENTANG
ISU BERKAITAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Sebagai merujuk peristiwa memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kami ABIM MESIR menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Kami melahirkan perasaan simpati dan menyesali atas pengedaran memo dari PGSM dan penangkapan oleh pihak JAIS. Kami berharap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dapat bersabar dan tabah.

2. Kami mengakui memo itu sarat dengan kenyataan fitnah terhadap peribadi dan intelektual yang dimiliki oleh Dr Asri Zainul Abidin.

3. Kami sebagai belia dari kalangan pelajar yang menuntut ilmu di Mesir merasa amat kesal terhadap kedangkalan fakta dan sentimen-sentimen yang wujud dalam kenyataan itu. Ia dinilai sangat tidak adil dan mengandung unsur-unsur prasangka buruk. Kami juga kesal dengan tindakan JAIS yang dinilai kasar dalam operasi penangkapan.

4. Kami juga sebagai penuntut ilmu merasa amat aib apabila kenyataan itu telah disokong oleh beberapa badan Islam, dan kami juga menyeru untuk badan yang terlibat dalam sokongan mereka terhadap memo itu dikaji semula dan dibuat tindakan susulan seperti memohon maaf dan menarik balik memo tersebut.

5. Kami juga sebagai penuntut ilmu merasa kesal dalam tindakan JAIS yang dinilai memperlekehkan kesarjanaan dan keilmuan. Seandainya kesarjanaan dan ketokohan golongan akademis tidak dihormati maka jangan hairanlah masyarakat tidak menghormati ilmu dan tidak meminati ilmu. Isu tauliah layak dikaji bagi menghormati dan menjunjung keagungan ilmu dalam masyarakat.

6. Kami, ABIM MESIR menyeru kepada seluruh badan-badan Islam untuk tidak berbalah dengan keterlaluan sehingga mencalarkan imej umat Islam. Perbezaan pendapat dalam Islam merupakan hal biasa dan ia perlu disikapi dengan positif dan bukan menggunakan kekerasan atau kuasa.Agama Islam yang sangat meraikan akal perlu diberi ruang pendedahan secara ilmiah kepada lapisan masyarakat. Usaha menghentikan sesuatu dengan tindakan kekuasaan dinilai dapat membantutkan perkembangan ilmu dan peranan akal dalam masyarakat Islam, walhal Islam sejak azalinya sangat meraikan akal. Ia jelas sangat bertentangan.

7. ABIM MESIR menegaskan kepada semua badan-badan Islam agar tidak menjadikan kekuasaan, tuduhan dan fitnah sebagai budaya dalam bersaing.

8. ABIM MESIR mencadangkan kepada badan-badan Islam untuk menggunakan saluran yang sihat bagi menyampaikan pandangan masing-masing kepada masyarakat kerana ia akan mendewasakan masayarakat Islam dengan tradisi keilmuan yang diwarisi umat Islam dari generasi ke generasi.

9. ABIM MESIR juga mengharap agar umat Islam dapat berlapang dada dalam berbeza pendapat. Pendapat boleh berbeza tetapi perselisihan jangan terjadi. Umat Islam perlu sentiasa menyedari bahawa setiap manusia tidak pernah mutlak benar dan tidak pernah mutlak salah. Kebenaran yang mutlak hanya milik Allah. Umat Islam mewariskan sebuah akhlak yang mulia iaitu tasamuh atau toleransi. Dengan menjunjung akhlak yang mulia ini umat Islam akan bersatu walau dalam keadaan berbeza pendapat.Semoga Allah memelihara umat Islam dari perpecahan.

10. ABIM MESIR juga ingin menyatakan kekesalan dan mengutuk tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan isu ini sebagai peluang untuk meneguk di air keruh.

Sekian. Terima kasih.

Angkatan Belia Islam Malaysia Mesir
(ABIM MESIR)
Sesi 2009

Tolong Beritahu Si Dia…~

bunga cinta

 

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak ibu itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, CINTA KERANA ALLAH tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana AKU TIDAK MAMPU MEMBERITAHUNYA SENDIRI……..

Hanya engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya ………..

 

kredit to : destinasicintaabadi.blogspot.com

Hari-hari Mendatang……

Aku masih mencari rentak di mana semangat ku.Tetapi jika aku terus di takuk lama,adakah aku ibarat menyelesaikan satu warna untuk kiub rubik?

Aku masih mencari rentak di mana semangat ku.Tetapi jika aku terus di takuk lama,adakah aku ibarat menyelesaikan satu warna untuk kiub rubik?

Hari ini tangan-tangan hina ini masih lagi terasa berat untuk bergerak mengikut aliran sungai sebaliknya terus menongkah arus dalam sungai perjuangan di Universiti ini.Di sebalik penghujung untuk Semester ini dengan berbaki beberapa minggu lagi untuk Peperiksaan Akhir,jiwa ini terus memberontak.Hari Rabu ini aku akan berhadapan sekali lagi cabaran iaitu Peperiksaan Ke-2 untuk Discrete Structure & Its Application.

Semakin hari jiwa semakin malas.Aku rindukan gerak kerja dalam In-smartive.Aku rindukan semua gerak kerja Universiti ini.Aku rindukan masjid.Aku rindukan diari-diari yang memenuhi Calendar Nokia 6600 aku yang sentiasa padat dengan mesyuarat-mesyuarat In-smartive,JPK,RAKSI,AbADE’08,SAHAM,Fasilitator Minds dan segala macam lagi aktiviti.

Aku rindukan saat aku berkejaran mengejar meeting yang diadakan pada masa yang sama tetapi tempat yang berlainan.Tapi,itu 2 tahun yang lalu?Aku bersyukur kerana waktu itu,Allah mentadbir waktu untuk ku.Kalau tidak,masakan aku boleh menghadapi dengan tenang segala waktu-waktu kritikal apabila diselangi dengan quiz,assignment dan test untuk subjek-subjek fakulti dan Universiti.Walaupun penat yang teramat,sungguh,ketenangan terdapat di situ.

Tapi sekarang,aku masih mencari di mana “waktu” itu menghilang?Aku akan terus menjejak.Aku rindukan saat itu.

Pesanan Untuk Semua,sebuah Warkah

Ingatlah kasih sayang ibu selagi hayat dikandung badan

Ingatlah kasih sayang ibu selagi hayat dikandung badan

Mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka…

renungilah luahan hati seorang anak yang ditinggalkan ibu

WARKAH BUAT IBU.………

Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini….

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh….
nak tinggal kan anak2 mak…..
nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dan sedia…..
Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak pernah buat begitu…..
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…..
kengkadang siaran indonesia…mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
lepas itu mak jemur karpet-karpet…
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar…kita
kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak saja…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kita sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pergi hospital…..
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…..
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju…..mak memang degil…
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital…..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sihat…
kami sayang mak…
kami tak mahu mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami ye mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta….
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula…kalau tak cukup,
mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kita sampai…..mak buat kenduri kesyukuran…..
Dan kita masih ingat lagi…bila kita eksiden terlanggar kelinn naik motor…..

Punya lah kita takut…kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya Kenapa…?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kita menipu mak kan…ampon kan kita….

Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan
separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu lenggang..kosong….sekosong hati ini…..
Sepanjang apa! rjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya…..
terasa syahdu dan sayu begitu…dinginnnn….

Mak…..
kita masih ingat lagi…
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
kita gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat
begitu…jangan
nangis ya..”
Bila makcik tu kata begitu…
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kita tulis…..
kita nangis ni…..
Ni kat dalam bilik…baru pukul 4.00 pagi….
tak ada orang yang bangun lagi…..
kita dengar nasyid tajuk “anak soleh”
kita sedih…kita rindu kat mak..!
Takpa lah…..nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya…!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya…
Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja…
Mak rasa tak….masa tu kita sentuh dahi mak…
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
kita tak mampu nak cium mak…kita tak daya….
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kita tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akak terasa panas…
makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan…

Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak
ini berendam airmata…

Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi…
semakin kita tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kita cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
kita rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong…
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Agaknya mak nampak adegan tu…
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh…
mengharap sedekah dari anak2 nya…

Mak tau tak…di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat….
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah
kita berikan…..

Mak….
cukup lah sampai sini dulu….
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan…
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini…
lepas itu kawan kita bagitahu…simpan saja buat kenangan..

kita cuma tau alamat ni aje…
tak mengapa ye mak…kita kasi orang lain baca…
kita stop dulu…sebab kawan kita dah lama tunggu tu.
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil

Pesanan:

· Hargailah kewujudan mak kita

· Hargailah segala pengorbananan mak

· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik

· Merendahkan suara ketika berbicara

· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.

· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.

LCS 2 Independence

GAMBAR yang disediakan oleh Tentera Laut AS menunjukkan kapal LCS 2 Independence meluncur di atas laut semasa diuji oleh pembinanya pada 12 Julai lalu. Ia merupakan kapal perang paling pantas dengan kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam.

GAMBAR yang disediakan oleh Tentera Laut AS menunjukkan kapal LCS 2 Independence meluncur di atas laut semasa diuji oleh pembinanya pada 12 Julai lalu. Ia merupakan kapal perang paling pantas dengan kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam.

Keperluan tentera laut Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki kapal perang laju bakal dipenuhi oleh dua buah kapal yang telah mencapai kelajuan seperti kenderaan di lebuh raya semasa menjalani ujian di laut.

Kapal Independence itu boleh mencapai kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam dan kelajuan 44 knots (85 kilometer sejam) secara berterusan selama empat jam semasa menjalani ujian pembina kapal yang berakhir pada bulan ini dekat Pantai Teluk Mexico.

Kapal Freedom yang sepanjang 115 meter dan dibina oleh kontraktor pertahanan berasingan, juga didapati telah mencapai kelajuan serupa.

Kedua-dua versi yang dikenali sebagai Littoral Combat Ship (Kapal Tempur Pesisir) itu menggunakan enjin diesel berkuasa tinggi dengan bantuan turbin gas untuk bergerak lebih laju.

Kapal-kapal tersebut menggunakan jet-jet air boleh kemudi bagi menggantikan kipas dan kemudi, selain mampu mengharungi perairan lebih cetek berbanding kapal perang biasa, membolehkannya belayar lebih hampir dengan pantai dan memburu lanun dengan lebih berkesan.

Pembinaannya telah dipercepat kerana tentera laut mahu kapal yang boleh beroperasi di kawasan pesisir.

Freedom dijangka mula beroperasi tahun depan, dua tahun lebih awal daripada jadual.

Independence ialah kapal perang berbadan aluminium yang dibina oleh Austal USA di Mobile, Alabama. Kontraktor utama ialah anak syarikat General Dynamics, Bath Iron Works di Maine.

Lockheed Martin Corp pula mengetuai pasukan yang membina Freedom di Marinette, Wisconsin. Ia nampak seperti kapal perang konvensional dengan badan diperbuat daripada keluli.

Kedua-dua pasukan bersaing untuk membolot kontrak lumayan kerana tentera laut merancang untuk memilih sama ada Lockheed Martin atau General Dynamics sebagai pembina, bukan kedua-duanya.

Tentera laut lambat laun merancang untuk memiliki 55 kapal perang laju seumpamanya.

p/s : Sumber dari Utusan.Lihatlah betapa AS maju selangkah ke hadapan daripada negara-negara lain.Malaysia baru sahaja menerima sebuah Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman dan tahun hadapan KD Tun Razak.Maka sebab itulah AS dikenali sebagai Polis Dunia…..hmmmmmmm…….

Hati Malaya

Kenangan aidilfitri penulis bersama farah (kakak) tengah dan fadhlin ( adik ) di Sibu Sarawak.

Kenangan aidilfitri penulis bersama farah (kakak) tengah dan fadhlin ( adik ) di Sibu Sarawak.

Bumi mana tidak disiram hujan,Lautan mana tidak bergelora

Aku tercari-cari di mana destinasiku,
Apa tujuan aku menulis dalam ruangan ini.Pena cyber terus mengerakkan jari-jemari demi memenuhi permintaan hati.Tetapi matlamat pena cyber juga terus berubah-rubah.Apakah sebenarnya medan cyber ini atau istilah blogging ini kepada semua umat manusia pada zaman sekarang?Jika ianya adalah medan untuk penyebaran kebenaran dan juga perkongsian ilmu…….. alhamdulillah.Penceritaan hidup untuk tatapan saudara,sahabat dan juga kenalan-kenalan juga boleh memberikan inspirasi kepada sesetengah orang untuk berubah…….Alhamdulillah.Tetapi amatlah keji dan tidak bermoral seandainya medan blogging pada zaman kini terus diterajui oleh mereka-mereka yang hanya menabur fitnah dan hasutan untuk memporak-perandakan masyarakat.
Penulis baru sahaja selesai menyaksikan sebuah karya Shuhaimi Baba, “1957 : Hati Malaya : Hearts of Malaya”.Sebuah karya agung dengan penceritaan yang berdasarkan fakta.Perjalanan sebenar masyarakat Tanah Melayu sebelum 1957 untuk menuntut kemerdekaan diceritakan dengan penuh tertib dalam segulung filem selama 2 jam 9 minit 47 saat.Titisan mata mengalir mengenang perjuangan Tunku Abdul Rahman dan juga Dato’ Onn dalam membela masyarakat Melayu pada masa tersebut.Daif,miskin,kurang ilmu.Ya!Itu lah melayu sebelum merdeka.Itulah melayu semasa dijajah oleh British.Sebenarnya,penulis sendiri masih tercari-cari di mana semangat sebenar Melayu pada zaman ini jika dibandingkan dengan setengah abad yang lalu?

Sebelum meneruskan pembacaan ini,penulis menyeru agar merdekakan sebentar pemikiran politik kita. Jauhkan sebentar perbezaan aliran politik kita.Melihat kepada situasi semasa,maka marilah berbalik kepada sejarah.Sebagai contoh isu ISA (Internal Security Act).Marilah kita berbalik kepada sejarah,mengapa ISA diwujudkan? Untuk memudahkan kefahaman,ISA diwujudkan selepas berlakunya 13 Mei 1969. Mengapa wujudnya tragedi ini? Akhirnya,penulis menemui jawapannya daripada Tun Mahathir.Daripada buku “The Malay Dillema”,Tun percaya tragedi ini berlaku kerana pada masa tersebut,tidak wujudnya keharmoniaan kaum dalam erti kata yang sebenar. Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang. Orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran. Mereka mungkin bertemu sewaktu menjalankan kerja-kerja harian, malahan sewaktu pergaulan secara sosial. Akan tetapi setelah selesai bekerja, mereka kembali semula ke dalam ling¬kungan budaya dan kaum masing-masing dan lingkungan ini tidak pernah dicerobohi oleh mana-mana kaum tersebut. Di dalam dunia kaum masing-masing, nilai-nilai mereka bukan sahaja berbeza, malahan kadang-kadang bertentangan.

Jika diterima hakikat bahawa memang tidak wujud kehar¬monian sejati antara kaum, maka lebih senang untuk membuat urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu dan menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Malah mungkin boleh dicarikan jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara hubungan yang sedia wujud. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, kalaupun bukan harmoni, perkara-perkara yang boleh menimbulkan perseng¬ketaan dapat diredakan.

Tetapi itu dulu.Bagaimana dengan sekarang?Adakah situasi keadaan kaum pada masa ini hampir-hampir menyerupai situasi sebelum ini? Kaedah observation tentang perkara ini perlu dijalankan dengan lebih lama.Mungkin sebab itulah kerajaan tidak memansuhkan ISA sebagai langkah untuk menghadapi perkara-perkara seperti ini.Namun kerajaan jua tidak akan terlepas daripada dituduh melakukan penyelewengan politik dalam hal ini.Ibarat “Diluah mati mak,ditelan mati bapak”.Sebenarnya penulis sudah lama ingin meluahkan perkara ini di dalam kelas Hubungan Etnik,namun tidak kesampaian.Maka blogging dijadikan medan untuk melepaskan apa yang tidak kesampaian. :)

p/s : Gagasan 1Malaysia memang amat sesuai dilaksanakan pada masa sekarang.
Lautan mana tidak bergelora.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.