Usah ceburi diri dalam politik – Zulkifli

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah.

Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau yakin bahawa Dr. Mohd. Asri tidak akan menghadapi halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya yang diterima ramai sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya berpendapat bahawa Dr. Asri ini sudah sampai ke peringkat melangkaui politik partisan. Kedudukan dia diterima oleh masyarakat dari semua peringkat.

Saya kira lebih sesuai Dr. Asri main peranan sebagai ulamak non-partisan.

“Dakwah dia itu akan lebih efektif kalau dia kekal dalam kedudukan sekarang (tidak berparti). Sebab dalam politik ini banyak kompromi, banyak konsesi dan dia lebih sesuai dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini.

Hari ini, Dr. Mohd. Asri dilaporkan berkata, beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan. – BERNAMA

 

Sumber Utusan Online.

Advertisement
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.